DRAMA BERSIRI ‘KINABALU AKU RINDU’ TERBITAN CACE DENGAN KERJASAMA UNIUTAMA MANAGEMET HOLDINGS SDN BHD

UUM Sintok 4 Sept 2022 –  Unit Seni Kreatif dan Pengurusan Acara Komersial (CACE) dengan kerjasama Uniutama Managemet Holdings Sdn Bhd telah bekerjasama menerbitkan drama bersiri bertajuk Kinabalu Aku Rindu (20 Episod x 60 Minit) untuk siaran Tv Okey RTM yang telah pun bersiaran dari 4 hingga 24 September 2022.

Projek ini yang diketuai oleh Dr Adzira Md Husain ini selesai penggambarannya pada bulan Jun 2021 dan diarahkan oleh En Izzman Hafiz. Kinabalu Aku Rindu mengisahkan tentang kehidupan anak desa di Kundasang Dr Randy yang sanggup meninggalkan keluarganya demi mengejar cita-cita dan cinta. Dr Randy akhirnya kembali ke Kundasang, ke pangkuan keluarganya setelah kematian isterinya Marisa serta menebus kembali kesalahannya yang lampau.

Projek ini merupakan salah satu projek komersial yang dilaksanakan oleh Unit Seni Kreatif dan Pengurusan Acara Komersial dalam usaha untuk menjana pendapatan kepada kedua-dua belah pihak dalam masa yang sama memberi pendedahan kepada para pelajar dan kakitangan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif (SCIMPA).

Projek ini juga dibintangi oleh para pelakon tempatan Sabah seperti Fikhree Bakar, Didi Astillah, Azwan Kombos, Nesa Idrus dan para penggiat seni Negeri Sabah. Drama ini yang telah tamat siarannya di TV Okey boleh ditonton secara online di https://rtmklik.rtm.gov.my