SMMTC Anjur SMTCOM ’16
Last Updated : 22 Nov 2016 [download this file]
22 NOVEMBER 2016 / 22 SAFAR 1438H
==============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
SMMTC ANJUR SMTCOM ’16 BAGI MENINGKATKAN PENERBITAN
SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah menganjurkan Seminar on Multimedia Technology and Communiation (SMTComm ’16) dengan tujuan untuk membolehkan staf akademik berkongsi hasil penyelidikan mereka dan seterusnya meningkatkan penerbitan pusat pengajian. Seminar yang diadakan pada 19-20 November 2016 di EDC Hotels and Resorts melibatkan penyertaan hampir keseluruhan staf akademik SMMTC dan sejumlah 52 kertas kerja telah dibentangkan.
Menurut Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid, seminar ini adalah merupakan ‘quick wins’ yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian penerbitan dari segi bab dalam buku. Kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar ini keseluruhannya melalui proses penilaian dan akan dijadikan bab dalam buku.
Menurut beliau lagi, sekurang-kurangnya tiga buah buku akan dihasilkan berdasarkan bidang penjurusan yang terdapat di pusat pengajian iaitu komunikasi, teknologi media dan multimedia. Seminar yang dianjurkan ini adalah merupakan peringkat dalaman yang merupakan perkongsian pembiayaan antara pusat pengajian dan staf akademik SMMTC. Seminar ini juga turut disusuli dengan bengkel penerbitan bagi membolehkan staf akademik SMMTC menyediakan kertas kerja lengkap dalam bentuk yang sudah sedia untuk diterbitkan.
Sejumlah enam kertas kerja telah dinobatkan sebagai kertas kertas terbaik iaitu kertas kerja yang dihasilkan oleh Dr. Mohd Sobhi Ishak, Dr. Sabrina Mohd Rashid, Dr. Hizral Tazzif Hisham, Dr. Syarizan Dalib, Dr. Joyce Cheah Lynn-Sze, Dr. Subashini Annamalai dan Dr. Ariffin Abdul Mutalib.
Habis.
=============================================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803
FAKS :04 - 928 5804
E-MEL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.